Benarkah kata fazilah kamsah, dalam diri manusia itu ada gelombang yang boleh menyatakan apa yang kita rasa tanpa sebarang kata sekali pun. Insan yang kita cintai tahu bahawa dirinya dirindui, tanpa berkata, “awak ,saya rindukan awak” kehidupan ini kadang-kadang terlaku kritakal, komplek hingga kita sendiri sukar untuk memahami karenahnya. Ya Allah salah kah aku jika aku seolah-olah mempersoalkan takdir ku. Mengapa terlalu sukar untuk aku melupakannya dalam setiap hela nafas ku.. adakah benar dia merasa seperti mana yang aku rasakan kini, rindu seperti mana aku merinduinya. Setelah ku tahu segala yang ada pada dirinya semua hanya penipuan dan dusta. Adakah kata cinta dan sayangnya padaku juga satu dusta?.. aku tenang dalam persoalan ini Ya Allah. Tapi kenapa dalam ketenangan ini dia masih ada dalam ingatanku, dalam tidur ku, dalam doaku. Terlalu hebat kah dia hingga aku tak mampu membencinya, biar pun cuma sekelumit. Telah telalu banyak alasan yang ku cipta dalam hati ini, agar dia luput dari ingatan, alasan yang dia curang padaku, bahawa dia bukan kekasih yang setia, alasan yang dia tak pernah menyayangiku, alasan yang semua yang dia katakan pada ku hanya penipuan belaka, ahhhh itu semua tak cukup membuatkan aku membencinya..kenapa? adakah kerana dia pernah membuatkan aku rasa di sayangi, lelaki yang mampu mengubah kedegilan ku, lelaki yang menjadikan aku anak yang lebih taat pada ibubapaku..adakah kerana dia lelaki yang berjaya mengetuk pintu keegoan ku, keegoan yang selama ini begitu utuh dan megah, tapi itu semua juga tak mampu membayar segala kesakitan yang dia tinggalkan dalam jiwa ku , ketika dia pergi begitu saja tanpa pesan dan khabar berita, dia tinggal aku dia saat aku di kutuk teman-temannya, dan mana dia ketika aku di fitnah sebegitu rupa, ia juga tak mampu menyembuhkan luka ketika aku mengetahui yang segala yang dia pernah perkatakan hanya penipuan belaka. Tak mampu menyembuhkan luka ketika aku tahu bahwa dia tak pernah setia, Tapi kenapa dia tetap ada? Tidak kah aku menyatakan yang aku tidak mampu memaafkannya?.. mungkin aku cuma dalam dilema, antara benci dan sayang.. tapi aku masih waras dalam menilai apa yang aku rasakan kini,. Perasaan rindu, dulu aku resah dalam rasa itu, sebab kau rasa bodah kerana merinduinya, merindui orang yang menipu dan munafik kerana memungkiri janjinya sediri.. janjinya untuk membahagiakan aku dan takkan pernah membiarkan aku menangis lagi.. tapi kini rasa rindu itu membuatkan aku sedar dunianya dan duniaku adalah berbeza, mana mungkin bersatu, dia bersama prinsipnya dan aku dengan prinsipku, dia air dan aku pula api, kini aku merasa yang dia tiada lagi di sini, di hati ku,dan mungkin ini yang membuatkan aku rindu, rindu akan hadirnya dalam hati ku, tapi kini dia jauh... terlalu jauh....... kini aku sendiri, dan lebih selesa sendiri. Manusia Adam dan Hawa memang di ciptakan berbeza, berbeza fizikalnya,pemikiran, malah idealogi kehidupanya jua berbeza. Tapi semakin kita mencari perbezaan.. kita takkan nampak titik pertemuan. Manusia Adam mahluk yang rasional dan sering mengunakan logik untuk berfikir dan mentafsir, sebab itu mereka kelihatan seolah-olah tidak ada perasaan. Manusia hawa itu makluk yang emosi, banyak logik tetapi emosi itu membalut logiknya. Namun itu menjadikan hawa lebih sensitif dengan perasaan insan lain. Malah mereka juga berbeza dari segi tafsiran sex. Ye.. kajian psikologi menyatakan bahawa, pada wanita sex itu adalah lambang cinta, manakala pada lelaki jika cinta itu adalah sex. Sebab itu agaknya lelaki tidak kisah dengan siapa dia ”melakukannya” biarpun wanita itu bukan wanita yang dia cintaai. Ahhh!!! Perbezaan.. perbezaan..perbezaaan. kenapa hawa dan adam di jadikan berbeza.. tapi ereka juga di jadikan berpasangan.. kerana mereka di jadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti hadis Rasulallah, Manusia hawa di cipta dari rusuk adam, bukan dari kepala untuk di junjung, bukan dari kaki untuk di jadikan alas, tapi dekat pada lengan untuk di lindungi, dekat pada hati untuk di kasihi dan di cintai. Persoalannya? Ada kah adam untuk ku? Adam yang akan memimpinku, membahagiakan ku, menghormati aku sebagai makluk yang penuh cinta dan sayang..? ya.. tentu ada.. sebab Allah menjanjikan..” setiap makluk Aku jadikan berpasang pasangan. Ada Adam dan ada Hawa. Well kita tunggu dan lihat... siapa Adam yang di ciptakan untuk ku.
Saturday, October 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment