Final exam coming soon.. harap2 leh jawap huhuhu tak sabar nak balik Sarawak. Nak tinggalkan segala yang menyesakkan kepala otak ni. balik kampung dapat gak main gan anak buah. kesayangan ku rifqi n syamim, mak ngah rinduuuuuuuu sgt.Kalau kat sini asyik ingat kat jantan tak guna dan penipu tu. bosan la. Jantan camtu tak layak nak di ingat. Buang dalam tong sampah pun tong sampah tak terima... ops.. terlebih sudah hihihi. Yang pastinya.. I HATE HIM!!!!!! huhuhu apa-apa jelah.. asalkan aku bahagia. moto hidup ku kini "BEBASKAN DIRI DARI KENA BULI" hihi. with love Princess noriko.;-)
Tuesday, October 20, 2009
Saturday, October 17, 2009
TITIK PERTEMUAN
Benarkah kata fazilah kamsah, dalam diri manusia itu ada gelombang yang boleh menyatakan apa yang kita rasa tanpa sebarang kata sekali pun. Insan yang kita cintai tahu bahawa dirinya dirindui, tanpa berkata, “awak ,saya rindukan awak” kehidupan ini kadang-kadang terlaku kritakal, komplek hingga kita sendiri sukar untuk memahami karenahnya. Ya Allah salah kah aku jika aku seolah-olah mempersoalkan takdir ku. Mengapa terlalu sukar untuk aku melupakannya dalam setiap hela nafas ku.. adakah benar dia merasa seperti mana yang aku rasakan kini, rindu seperti mana aku merinduinya. Setelah ku tahu segala yang ada pada dirinya semua hanya penipuan dan dusta. Adakah kata cinta dan sayangnya padaku juga satu dusta?.. aku tenang dalam persoalan ini Ya Allah. Tapi kenapa dalam ketenangan ini dia masih ada dalam ingatanku, dalam tidur ku, dalam doaku. Terlalu hebat kah dia hingga aku tak mampu membencinya, biar pun cuma sekelumit. Telah telalu banyak alasan yang ku cipta dalam hati ini, agar dia luput dari ingatan, alasan yang dia curang padaku, bahawa dia bukan kekasih yang setia, alasan yang dia tak pernah menyayangiku, alasan yang semua yang dia katakan pada ku hanya penipuan belaka, ahhhh itu semua tak cukup membuatkan aku membencinya..kenapa? adakah kerana dia pernah membuatkan aku rasa di sayangi, lelaki yang mampu mengubah kedegilan ku, lelaki yang menjadikan aku anak yang lebih taat pada ibubapaku..adakah kerana dia lelaki yang berjaya mengetuk pintu keegoan ku, keegoan yang selama ini begitu utuh dan megah, tapi itu semua juga tak mampu membayar segala kesakitan yang dia tinggalkan dalam jiwa ku , ketika dia pergi begitu saja tanpa pesan dan khabar berita, dia tinggal aku dia saat aku di kutuk teman-temannya, dan mana dia ketika aku di fitnah sebegitu rupa, ia juga tak mampu menyembuhkan luka ketika aku mengetahui yang segala yang dia pernah perkatakan hanya penipuan belaka. Tak mampu menyembuhkan luka ketika aku tahu bahwa dia tak pernah setia, Tapi kenapa dia tetap ada? Tidak kah aku menyatakan yang aku tidak mampu memaafkannya?.. mungkin aku cuma dalam dilema, antara benci dan sayang.. tapi aku masih waras dalam menilai apa yang aku rasakan kini,. Perasaan rindu, dulu aku resah dalam rasa itu, sebab kau rasa bodah kerana merinduinya, merindui orang yang menipu dan munafik kerana memungkiri janjinya sediri.. janjinya untuk membahagiakan aku dan takkan pernah membiarkan aku menangis lagi.. tapi kini rasa rindu itu membuatkan aku sedar dunianya dan duniaku adalah berbeza, mana mungkin bersatu, dia bersama prinsipnya dan aku dengan prinsipku, dia air dan aku pula api, kini aku merasa yang dia tiada lagi di sini, di hati ku,dan mungkin ini yang membuatkan aku rindu, rindu akan hadirnya dalam hati ku, tapi kini dia jauh... terlalu jauh....... kini aku sendiri, dan lebih selesa sendiri. Manusia Adam dan Hawa memang di ciptakan berbeza, berbeza fizikalnya,pemikiran, malah idealogi kehidupanya jua berbeza. Tapi semakin kita mencari perbezaan.. kita takkan nampak titik pertemuan. Manusia Adam mahluk yang rasional dan sering mengunakan logik untuk berfikir dan mentafsir, sebab itu mereka kelihatan seolah-olah tidak ada perasaan. Manusia hawa itu makluk yang emosi, banyak logik tetapi emosi itu membalut logiknya. Namun itu menjadikan hawa lebih sensitif dengan perasaan insan lain. Malah mereka juga berbeza dari segi tafsiran sex. Ye.. kajian psikologi menyatakan bahawa, pada wanita sex itu adalah lambang cinta, manakala pada lelaki jika cinta itu adalah sex. Sebab itu agaknya lelaki tidak kisah dengan siapa dia ”melakukannya” biarpun wanita itu bukan wanita yang dia cintaai. Ahhh!!! Perbezaan.. perbezaan..perbezaaan. kenapa hawa dan adam di jadikan berbeza.. tapi ereka juga di jadikan berpasangan.. kerana mereka di jadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti hadis Rasulallah, Manusia hawa di cipta dari rusuk adam, bukan dari kepala untuk di junjung, bukan dari kaki untuk di jadikan alas, tapi dekat pada lengan untuk di lindungi, dekat pada hati untuk di kasihi dan di cintai. Persoalannya? Ada kah adam untuk ku? Adam yang akan memimpinku, membahagiakan ku, menghormati aku sebagai makluk yang penuh cinta dan sayang..? ya.. tentu ada.. sebab Allah menjanjikan..” setiap makluk Aku jadikan berpasang pasangan. Ada Adam dan ada Hawa. Well kita tunggu dan lihat... siapa Adam yang di ciptakan untuk ku.
Tuesday, October 13, 2009
Ketenangan
Sudah terlalu lama Princ tak pernah merasa ketenangan sepertimana yang Princ rasakan hari ini. Jiwa tidak lagi sesak seperti selalu.. tiada lagi perasaan benci dan dendam yang membuatkan Prin resah melewati waktu. Tatkala subuh, ketika memanjatkan doa pada Ilahi,Prin rasakan prin cukup di kasihi. Bertapa Dia menyayangi hambanya sedangkan prin kadang-kadang lupa untuk mensyukuri nikmat itu. Ya Allah bertapa kerdilnya aku di hadapan mu. Memang benar kata Hamka penulis tersoror dengan hujahannya yang berasas dan berpanjikan agama, kita selalu ingin mengorbankan apa saja untuk insan yang kita kasihi.. meski pun nyawa jadi taruhanya, Tapi mengapa tidak kita korbankan segalanya untuk Allah yang telah menjadikan kita dengan penuh kasih sayang. Dia tak perlu rupa yang cantik untuk menyintai, malah tidak juga harta berjuta untuk memiliki. Hanya takwa dan iman yang Dia perlukan. Sujud lah wahai teman, jika ketenangan yang kau cari, tadahkan tangan mu, bawasanya Dia Maha mendengar. Menangis lah engkau menyesal kealphaan diri, daripada kau menangis kerana engkau kehilangan insan yang engkau sayangi. Tabahkan lah hati mu.. kerana Allah sentiasa ada di sampingmu sebagai kekuatan. Dia tidak pernah pergi jauh meski engkau menjauhinya. Malah Dia lebih dekat dari urat nadi mu sendiri.
Friday, October 9, 2009
Salam semua. Princ dengan rakan2 tengah melepak di library. So atas ni gambar terbaru.hihihi. emm hari ini B'day seseorang. Entah lah. kenapa lh princ still ingat ek sedangkan b'day princ hari tu dia leh lupa lak hihi. tak pelah kita bagi madu orang balas tuba. Princ tak kisah , yang pening kita kenal diri kita sendiri. tul tak?. Semalam tabung kesayangan Prin pecah.Sedih tul. Si Brown namanya. Bukan apa , Princ sedih sebab tu lah satu-satu nya tabung yang boleh prin menuhkan. sodih beb. ish..ish..ish:'(. Tapi nak buat cam ne kan. Kira- kira duit syiling dalam tabung tu semalam dalam RM. 95.77 tau. Banyak gak. tapi princ tak tahu mau simpan di mana. aleh-aleh letak kat bekas plastik.
Wednesday, October 7, 2009
Salam ukhwah buat semua. Hari seperti ruting biasa seorang pelajar. kuliah, makan, tidur, tugasan. Semuanya nampak sama. Kadang-kadang bosan jugak. Tapi nak buat macam mana dah hidup perlu di lalui mcm tu. Bila malam princ ada dunia malam prin sendiri. Biasanya akan keluar bilik lepas Isyak dan prin terus dengan perangai pelik yeng selalu princ buat. Nak tahu apa?
emmm.. memandu ikut suka sendiri namanya hihi. buang tebiatkan. Tapi ini adalah salah satu cara prin nak tenangkan diri selain solat dan berserah pada ketentuan yang Esa. Prin takkan bawak teman. ronda2 kk dan lihat gelagat manusia yang ada di jalan. Destinasi terakhir prin berhenti di taman. Tp tk keluar kete lah. Saja duduk dalam kete n dengar lagu. Ala pasang kuat2 bukan org kisahpun dalam kete kan hihihi. Pastu prin akan g lib dan online SAMPAI 1 2 pagi. begitu lah rutin prins sekarang. mungkin sebb mengalami masalh tidur prin lebih prefer buat aktiviti yang boleh melupakan sebentar fikiran yang menganggu kehidupan princ.k lah nanti ada masa prin akan update lagi k .Salam
Tuesday, October 6, 2009
one moment that can't forget. 9 ogos 200810 thing i hate about u
I hate the way you talk to me and the way you cut your hair,
I hate the way you drive my car, i hate it when you stare,
I hate you when u never say sorry even u know u were wrong,
I hate you so much it makes me sick, it even makes me rhyme,
i hate the way u 're alway right, i hate it when u lie
I hate when you make me laugh, even worse when u make me cry.
I hate when you not around ,and the fact taht you did'nt call
but mostly i hate the way i dont' hate you not even close, not even a litle bit, not even at all..
I hate the way you talk to me and the way you cut your hair,
I hate the way you drive my car, i hate it when you stare,
I hate you when u never say sorry even u know u were wrong,
I hate you so much it makes me sick, it even makes me rhyme,
i hate the way u 're alway right, i hate it when u lie
I hate when you make me laugh, even worse when u make me cry.
I hate when you not around ,and the fact taht you did'nt call
but mostly i hate the way i dont' hate you not even close, not even a litle bit, not even at all..

Salam . Today is my sister b'day. 6 /10. hppy b'day sis. Syg sis. Semoga lepas ini sis akan lebih bahagia dari sebelumnya. Jangan lah kalah dalam mempertahankan hak sis. princ sygkan sis lebih dari nyawa princ sendiri. Camne hari ni ek, emmm? letih lak badan sejak kebelakangan ni. susah mo tidur, pening, muntah. tadi pun sepanjang hari sakit kepala. nak makan pil rasa takut sebb prin dh bergantung dengan ubat tu. Nanti nak tahan sakit tapi dapat sakit lain lak. Nak jumpa doctor pulak seram hihihi. aleh2 telan penadol pastu tidur. Pengsan tak sedar2 hihi. Tapi semalam best gak dapat makan Big Apple .. nyamm sodap hihi. Biasalah org nak g jauh banyak mengidam makan mcm2 hihihi. Hari tu prin pernah mengidam mo makan tomyam.. mintak teman sorang kawan ni.. dia tak sudi. aleh2 prin menanggis dalam selimut sampai pagi. Merajuk tak dapat makan hihihi. tulah padan dengan muka princ , mana taknya merayu pada yang tak sudi. prin pun tak sedar bila prin tertidur. prin ni pelik sikit , bila tak dapat makan benda yang prin teringgin sangat leh angin satu badan hihi. k lah nanti esok prin akan story lagi k. salam semua.
Sunday, October 4, 2009
Sudirman adalah dia antara artis yang prin minati perwatakan serta lagu-lagunya. Semoga rohnya di sana sentiasa tenang dan di rahmati Allah s.w.t. Amin. Ini di antara lagu- lagunya yang Princ gemari.
Hanya Bagai Mimpi
Bagaikan irama dengan lagunya
Bagaikan sang bunga dengan kumbangnya
Bagaikan lautan dengan pantainya
Berdampingan bermesraan
Bagaikan setianya kuku dan isi
Bagaikan mengalir darah dan daging
Bagaikan degupan jantung dan hati
Itulah kau dan aku
Tapi semuanya mimpi nan indah
Tiada yang kekal abadi
Bila kusedari kau tiada lagi
Hanya tinggal kesal di hati
Bagaikan lelayang putus talinya
Bagaikan pujangga hilang ilhamnya
Bagaikan si uda kehilangan si dara
Begitu hatiku
Jauh Di Sudut Hati
Sayang Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahuKau bukan milikku
Sayang Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai
waktuNafas terakhirku
Merisik Khabar
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata kuTiap waktu...
( korus )Malam ku suram, siang ku kelamKu kegelisahan,
mencari-cariKemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita,
merisik khabarMendengar cerita,
melaluinyaKau kuhampiri,
tiap hariBersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentuKerana mu...
Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafanKepadamu
( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
* lagu -lagu ini lah yang biasanya membuatkan princ menitiskan air mata. Biasalah pada wanita air mata tu kadang-kadang terapi yang boleh melahirkan apa yang terpendam dalam hatinya. mungkin sekarang prin dalam proses menerima hakikat kehilangan org yang prin syg. prin perlukan masa untuk membiasakan diri dengan perasaan ini. Doa-doakan prin kuat untuk menhadapinya. dan lepasni princ boleh tersenyum dari hati dan bukannya berpura-pura gembira sedang kan hati kita menanggis. :'(

4 OKTEBER. Hampir prin terlupa hari ini merupakan hari jadi boyfreind prin hihihi. Anak buah prin yang pertama namanya Mohd Hamiz Syamim. Mak Ngah sayanggggg syamim. Muahhhh!!! Hpy B'day sayang. Rindu kan family kat kampung tp takut mau call. terutamanya nak call mak dan ayah tak habis2 tanya pasal bf, bila lagi nak ada? emmm ampunnn mak ayah.. bukan tak mau ada pasangan hidup, cuma anak mu ini hatinya masih untuk orang lain. Nanti kesian si cikgu yang mak dan ayah nak kenen2ka gan princ. Tul lah kan. tentulah tak adil untuk "dia". Princ klu nak komitmen biarlah hingga Princ benar-benar bersedia melupakan cinta pertama prin. bagi lah princ ruang ye mak ,ayah. Princ sayang anda semua....salam
Salam semua. Sekarang ni Princ sedang online di Dewan AB. Tak seperti kebiasaannya princ kerap online di Library . Kat sini panas giler n suasananya tak setenang di library.well biasalah kalau di dewan banyak pasangan melayu dan kadang2 leh sakitkan mata, berlainan dengan di library kebanyakannya pelajar cina. So ada motivasi nak buat kerja atau study. Klu di sana princ boleh bertahan sehingga pukul 1 hingga 2 pagi. Macam-macam lah prin buat mcm online, selesaikan tugasan or sekadar ulang kaji. ok lah, emm apa ek yang membelenggu fikiran princ hari ini. prin lebih tertarik dengan isu bencana yang berlaku pada dunia dalam tempoh dua tiga hari ini, gempa bumi di Padang, Sumatera Indonesia, tsunami di Samoa Amerika, taufan di Filipina. Perihalnya bencana sama seperti yang pernah prin lihat di dalam cerita "The day after tomorrow" dimana dunia di gemparkan dengan pelbagai peristiwa bencana alam yang dahsyat dalam masa yang singkat. Takut pun ada. Kadang2 tu princ risau jika kiamat sudah dekat. Kita pun tak tahu bila ia akan datang kan. Hanya Allah yang maha mengetahuai.tapi princ tak dapat lari diri perasaan simpati yang kadang2 berlebih lebihan. Bila lihat petikan rakaman diri berita tv3 (seorang anak mencari ayahnya yang tertimbus dalam runtuhan rumah mereka sendiri) princ menitiskan air mata. Terharu dengan peristiwa itu menyebabkan princ sampai termimpi mimpi mengenai kejadian tersebut. Kadang -kadang timbul persoalan dalam diri princ, sekiranya hal ini berlaku pada diri princ adakah princ kuat untuk menghadapinya sedangkan sekadar melihat peristiwa itu prin boleh trauma. Ya Allah jauhkanlah aku dari segala kesensaraan dunia dan akhirat dan jika Engkau ingin medugaku, maka berikanlah aku ketabahan dan kekuatan jiwa agar aku kuat menghadapinya. Apabila bercakap mengenai peristiwa traumatic yang berlaku pada dunia kini, apa yang penting bukan saja sokongan dari segi fizikal seperti bantuan kewangan, makan, ubat ubatan akan tetapi sokongan dari sudut psikologikal juga penting ini kerana mangsa yang mengalami peritiwa traumatik berkemungkinan akan mengalami PTSD (Post traumatic stress disorder) dan kecelaruan lain yang menyebabkan ketidakfungsian individu dalam masyarakat mahupun dunia secara keseluruhan. Fikir2 kan k.
Friday, October 2, 2009
Kisah hidup ku

Well maybe ada di antara kalian yang baru melayari blog ini yang masih belum mengenali siapa prin. ok lah biarlah prin perkenalkan diri. Nama? biarlah di kenali dengan nama princ saja or noriko, bukan tidak bangga dengan nama sendiri tapi cukup lah anda semua mengenali prin dengan nama itu. Princ ni orang yang cukup simple, sederhana tak kira lah dalam pergaulan mahupun percakapan. Seorang yang mudah untuk ketawa dan kadang2 terlalu sensitif. Prin juga memang jenis orang yang sukar percayakan orang lain. kadang2 terlau paranoid atau pun sering syakwasangka dengan orang lain. Sebab tu prninc boleh di kategorikan sebagai seorang yang tak ramai kawan rapat biar pun ramai yang ingin berkawan dengan Princ. entah lah pengalaman kadang2 membuatkan kita takmampu mendonggak masa depan kerana takut akan kelukaan yang terlalu menyakitkan.. dan biarlah masa juga yang memberikan keberanian untuk prin mendonggak semula dan melihat masa depan yang Allah janjikan untuk princ.peace

Suratan atau kebetulan
Sesuatu yang tak di sangka
Sering kali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyata
Bimbangkan berulang kesilapan
Walau kita di hadapkan dengan berbagai pilihan ,Mengapa sering terjadi Pilihan tak menepati ,Hingga amat menyakitkan ,Menghadapi masa depan Seolah oleh terhapus sebuah kehidupan kudus.
Kita asyik membicarakan , persoalan hidup dan pilihan,
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan.
KEKASIH GELAPKU
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meski pun tiada satu pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hati ku
Meski pun engkau hanya kekasih gelap ku
Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yangku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidup ku
LUKA LAMA- COKELAT
Ku rentangkan hati
Ku balut luka lama saat kau pergi
Ku tegarkan diri
Walau bayang mu hadir di setiap mimpi
Oh haruskah ku benamkan diri meratapi
Tenggelam sesali yang terjadi
Tersiksa bersama hampa rasa
Kini..
Ku hanya ingin lupakan semua
Mengenangmu menyesakkan jiwa
Kan ku hapus airmata
Hingga ku dapat sembuhkan luka
Ku coba hadapi
Walau pahit terasa di relung hati
Harus ku lewati
Seakan semua tiada pernah terjadi
Subscribe to:
Posts (Atom)



